Sunday, 9 October 2011

Galeri

Kolaj
Hasil kerja murid Tahun 1 Arif




Kolaj
Hasil kerja murid Tahun 3 Bestari


Kolaj





Kolaj
Hasil kerja Tahun 4 Arif


Anyaman tikar (kertas)
Hasil kerja Tahun 4 Bestari


Mozek


Resis..
Bahannya lilin, dan warna air


Lipatan dan guntingan
Hasil kerja murid Tahun 4 Bestari


Read more...

Saturday, 8 October 2011

Anyaman Tikar (Kertas)

Aktiviti Pendidikan Seni Visual
(Tahun 5 Ceria)
Nak membuat anyaman tikar (kertas) ni sediakan dulu bahan-bahannya.
1. Kertas lukisan
2. Kertas warna berukuran A4 (Warna ikut suka)
3. Pembaris
4. Gam
5. Gunting
Langkah berikutnya...
Lukis frame sebesar 1 kertas A4 pada kertas lukisan.  
Lukis garisan-garisan lurus membujur setebal 1 cm pada frame tu (elok guna pembaris panjang supaya garisannya kemas).
Gunting garisan-garisan tu dengan kemas.
Selepas itu...
Lukis garisan lurus melintang setebal 1cm juga, pada kertas warna. 
Sekali lagi gunting ikut garisan-garisan lurus tu dengan kemas.
Langkah seterusnya...
Sisipkan kertas warna pada kertas lukisan (putih) sejalur demi sejalur mengikut bentuk kelarai yang telah dipilih oleh cikgu....
Teruskan proses tersebut sehingga selesai.
Sentiasa berhati-hati semasa menyisipkan jalur-jalur kertas warna tersebut, kerana ianya mudah terkoyak.
Jangan lupa gamkan pangkal dan hujung jalur kertas warna tadi pada kertas lukisan (putih).
Masih lagi proses yang sama....
Dahpun siap..Tahniah murid Tahun 5 Ceria!!
Read more...

Monday, 3 October 2011

Unsur Seni

6 elemen unsur seni iaitu:
Garisan
Rupa
Bentuk
Jalinan
Warna
Ruang Read more...

Sunday, 2 October 2011

Seni Visual

Creadit to: http://notasenivisual.blogspot.com/

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi. 


Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri. 


Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.
Read more...

Saturday, 1 October 2011

Perasmian


Dimulakan dengan Bismillah
perasmian ke atas blog ini pada: 1 Oktober 2011.
Read more...

:: Labels ::